Sesi Dewan Rakyat bagi penggal pertama Parlimen ke-15 dijadual bersidang selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Disember ini.<br /><br />Berdasarkan notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, pemilihan Yang di-Pertua akan diadakan pada hari pertama persidangan.<br /><br />Ia kemudian disusuli dengan sesi mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat.
